Visitor

Time

Bella : Bab 2

     Burung berkicau - kicauan . Paginya diterangi cahaya matahari dicampur dengan kabus . Itulah suasana di Sungai Lembing , Pahang pada waktu pagi . Suasananya sentiasa indah . Ada yang pergi ke warung untuk bersarapan , ada yang menuju ke tempat kerja . Suasananya amat tenang . Tidak seperti bandar yang penuh dengan kesesakan dan teramatlah bising . Siti Zulaikha pula sibuk memasak sarapan pagi untuk suaminya , Supardo . Supardo pun berjalan menuju kearah dapur .
     " Waduh maknya , kamu masak apa . Bau nya sungguh sedap ." Supardo memuji masakan isteri kesayamgannya itu .
     " Abang ni , saya masak nasi goreng je . Bukannya masak masakan yang istimewa pun ." Siti Zulaikha merendah diri .
     " Kok mau memuji saja . Tapi , semua masakan yang kamu masak sentiasa enak ." Supardo memuji Zulaikha .

     Supardo merupakan orang Indonesia . Siti Zulaikha pula seorang wanita melayu asli . Mereka berdua amat mencintai antara satu sama lain . Hubungan mereka juga direstui oleh kedua ibu bapa mereka . Asalnya , mereka berdua tinggal di Aceh , Indonesia . Tetapi selepas tragedi yang mengakibatkan mereka kehilangan seorang anak mereka , Bella mereka berpindah ke Malaysia untuk melupakan kisah pahit itu . Kini , Supardo , Siti Zulaikha dan anak sulungnya , Adam hidup bahagia .

      Telah hampir 2 tahun Adam meninggalkan mereka . Walaupun berjauhan , Adam sentiasa menghantar surat kepada mereka .

       Siti Zulaikha termenung melihat langit . Seacara tiba-tiba , telefon rumahnya berbunyi . Siti Zulakha tersedar dari lamunannya . Siti Zulaikha bangun dan pergi menuju ke arah telefon itu . Siti Zulaikha mengangkat ganggang telefon itu dan meletak di telinganya .
      "  Assallammualaikum . Siapa tu ?" Siti Zulaikha  bertanya kerana ingin  mengetahui siapakah itu .
      " Waalaikummussallam . Ni saya mak ." Zulaikha terkejut apabila suara yang amat dirindui didengarinya di telefon .
     " Adam ! Kau ke tu ! " Zulaikha menjerit kegembiraan apabila Adam menelefonnya .
     " Mak , kalau ya pun janganlah menjerit . Mak sihat ? " Adam menanyakan khabar kepada mak nya .
     " Mak sihat . Kamu macam mana di London ? Ada jumpa seseorang yang berminat ? " Zulzikha bertanya kepada Adam yang asyik memikir mengenai pelajaran sahaja .
     " Ish mak ni , itu pula yang ditanya . Saya ni masih belajar lagi . Tak adalah masa nak fikir semua tu . " Adam memberi alasan kepada mak nya .
     " Kamu ni ada je alasan . " " Yalah mak . "

    " Supardo ! " Haji Wahab merupakan ketua kampung Sungai Lembing danrakan karib Supardo memanggil Supardo . Supardo yang sibuk melayan kambingnya tersentak apabila terdengar suara Haji Wahab memanggil namanya .
   " Kok kamu Wahab . Aku ingat siapa tadi . Ada apa jumpa aku sampe ke ladang kambing aku ni ? " Supardo bertanya hasrat Haji Wahab datang ke ladang kambingnya .
   " Kamu ni macam marah sahaja aku datang ? " Haji Wahab bertanya selepas mendengar nada suara Supardo yang seperti marah .